Monday 24 October 2011

HATI TERLUKA ? ADA UBATNYA..

Views


Salam perkhabaran semua dari aku untuk korang !
Tatkala ini aku update blog dalam keadaan hati yang sedih..
cewwaahh!!!

Hmm,keadaan yang paling sukar bila kita sakit hati kan,. Tak kira la dari sudut mana sekalipun kita sakit hati tu tapi yang jelasnya memang SAKIT KAN !

So,okey ..Sekarang aku ada terapi nak disharekan untuk korang.
Jom sama2 kita ubat hati kita !



Hati yang terluka atau sakit memang macam ni.. Nak pulihkan? boleh.Tengok dan baca ni !


‘Nikmati’ Rasa Sakit Itu (untuk korang yang baru putus cinta )


Memang wajarla ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti  tanda bahawa kita sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika korang ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu boleh membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasikan kita untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah kita lakukan sebelumnya.



Menyibukkan Diri


Cara terbaik menyembuhkan luka  putus cinta dan melupakan mantan kita adalah dengan menyibukkan diri. Kita tidak akan memikirkan mantan kekasih jika tidak memberi kesempatan otak untuk mengingatnya. Cubalah aktif terlibat dalam berbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang  disenangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyak beraktiviti jugak boleh mengalihkan fikiran kita dari mengingati kembali si mantan.
Contohnya,berblogging ke,fesbuk ke..yang macam2 ni lah...Tak pun korang bley buat outdoor aktiviti,shopping ke,tengok wayang ke...bukan lagi BEST kan...


Tempat luahan perasaan

Then, kita boleh ceritakan bagaimana sakit hati setelah putus cinta. Tapi bukan bererti kita boleh meluahkannya kepada setiap orang yang kita temui. Aiyoo... Luah lah kat kawan2 ke  BFF ke atau orang yang dekat dengan kita, cukup mengerti kita dan mahu mendengar setiap keluh kesah.Kan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan solusi dan mendorong kita untuk melanjutkan hidup.Betol tak?hmm..

Luangkan masa bersama keluarga

Mak ayah kita, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan kita kan..? Tak boleh dinafikan lagi memang yer lah.. Merekalah yang selalu berada di sisi kita saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan asmara dengan si dia, mungkin kita tidak menyediakan banyak waktu untuk keluarga. Inilah saatnya kita lebihkan masa dengan mencurahkan waktu dan berkumpul bersama keluarga. Berekreasi ke atau makan malam bersama. Kasih sayang keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.hmmm..Pasti!

Tapi yang pasti nya ubat yang paling BERKESAN adalah.......

Perbanyak Ibadah atau mendekatkan diri kepada-NYA

Ni lah ubat paling paling mujarab . banyak cara kita boleh buat nak mendekatkan diri kita dengan Allah ni..Baca Al-Quran,berzikir,solat, malahan berwuduk jugak boleh menenangkan kita dan boleh jugak meredakan hati yang SAKIT tu... 


dan...baru la boleh jadi macam ni...




~hati yang telah terubat~ =)

Hmm...cam mane?Dah dapat sedikit pengisian untuk hati korang . Yerla,mungkin tak de lah superbbb sangat kan tapi sekurang-kurang nya dapat menenangkan hati yang terluka ni pon jadi lah...




Senyum2 lah selalu..

okeyh?

babai..~~~







!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

1 comment:

cik izah said...

kak nina ,tanz f0r inf0rmati0n ,hehehehe