Thursday 20 February 2014

Dulu VS Sekarang

Views


Assalamualaikum w.b.t

Kata orang masa itu emas so saya ambik kesempatan di waktu riadah ni untuk update blog supaya masa saya takde la terbuang macam tu je. Asyik tidurrrrr je waktu petang, tak dapat benefit la kan? So, baik manfaatkan masa 'minggu relax' (minggu bebas segala test dan assigment) ni sebaiknya sebelum 'minggu serabai' muncul. Haaa, tu pendahuluan entri blog untuk kali ni. hehe.

Ok. Sehari dua kebelakangan ni banyak sangat dekat newsfeed Facebook cerita pasal skincare-skincare yang berbahaya tu. Yang berbahaya kat sini maksudnya skincare yang korang pakai tu ada mercuri, hidrokuinin dan macam-macam lagi la. Setakat ni 2 tu yang aku tahu sangat berbahaya untuk kulit si pemakai yang akhirnya boleh menyebabkan kanser kulit and so on. Kalau nak tahu lebih banyak dan jelas cuba korang google atau tanya pakar sebab nanti takut saya tersalah bagi info pulak khannn. 

Wanita dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Tapi awas! Jangan terlalu taksub untuk cantik semata-mata tanpa fikir kebaikan dan keburukannya. Maklum la sekarang ni banyak sangat produk-produk penjagaan kulit di pasaran sampaikan kita pon naik rambang mata kan. Kalau dulu-dulu aku memang mudah terpengaruh dengan produk-produk ni. Apa je yang orang cakap elok, mesti aku akan cari and pakai. Yerla, nak cantik punya pasal tapi last-last diri sendiri yang terseksa.




Aku yang dulu. hehe. Malu pulakkss ioolllss *_*

Ni masa Form 5. Time ni ya Allah takut tengok muka sendiri. Masa ni sangat banyak jerawat dekat muka sampaikan sedara-mara, kakak-kakak and kengkawan semua tegur yang muka makin teruk. Dulu aku duduk hostel, setiap hari selasa kalau tak balik mesti Umi and Abah datang jenguk aku. Masa tu arwah Abah masih ada lagi. Setiap kali Umi datang mesti cakap muka aku makin teruk. Jerawat dekat dahi, pipi, hidung. Kalau kira dah macam-macam produk yang aku beli dan pakai nak bagi hilang jerawat kat muka ni tapi makin teruk ade la. Tak termasuk dengan yang Umi beli lagi. Adoiiii kalau ingat balik kulit muka time sekolah dulu sedih sangat. Nak jumpa orang pon tak de keyakinan, malu, segan macam-macam lagi lah! :'(


Lastly lepas ikhtiar punya ikhtiar and dah cuba macam-macam produk akhirnya akak aku suruh try pakai Tia Amelia ni. Memang masa ni aku berserah je, kalau tak jalan jugak dah taknak pakai ape-ape produk lagi dah. Biar la muka berjerawat sekalipun. Masa ni memang down gila. rasa dah give up!


Gambar terpaksa kecik je sebab kalau buat X-large nanti gambar jadi pecah-pecah. Biasa la, handphone koman je pon khannnnnnnnnnnnn. hikhuk. Owh btw aku tak jual okay. hhehe. Ni set yang aku pakai. Ade sabun pencuci muka, toner penyegar, krim kunyit dan sublock/foundation.

Yang ni aku pernah dengar jugak ada yang kata ada bahan tak elok dalam produk tu, sesetengah ada yang kata okay takde pape. Tapi kali ni aku memang tawakkal. Berserah kepada Allah. Hari-hari doa biar muka balik macam asal. Sekurang-kurangnya lepasni aku ada keyakinan nak berhadapan dengan semorang. Syukur Allah makbulkan doa aku. 

:')



Aku yang sekarang. hehe. Ni tak edit langsung, pakai kamera telefon je takde edit-edit. Tapi takde la se-smooth ni muka aku. Ada lagi sikit kesan jerawat tu. Jangan tertipu dengan effect kamera k. hehe ;)


Tapi dalam masa yang sama, aku tak mengharapkan skincare semata-mata. Sebab aku pernah terbaca yang kadang-kadang kulit kita dipengaruhi oleh hormon. Dan seperti kita tahu hormon tu dekat dalaman kan. So maknanya kita kena 'care' jugak tentang kesihatan dalaman kita atau dalam erti kata lain ambil supplement. Dan benefitnya bila ambil supplement bukan untuk kulit je tapi untuk kesihatan seluruh anggota badan dalam dan luar insyaAllah. Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" kan?



Haa kalau yang ni saya jual. Ehehehe T___T

Hmm, sebelum makan set Shaklee ni pernah makan beberapa jenis supplement lain. Tapi bila makan Shaklee rasa sangat bezanya. Mula-mula macam takot jugak yerla sebab ubat-ubat ni tak boleh sebarangan. So, aku pon google la cari information pasal Shaklee ni dan terjumpa blog Cpm Honey. Banyak sangat info dan testimoni kat situ. Lagi rasa yakin nak cuba bila Ibu Honey sendiri juga ' pengguna tegar ' Shaklee ni. So bila dah baca dan tengok semua testimoni kat blog Ibu rasa semangat nak cuba. So first cuba la set skincare ni. Masuk hari ni lebih kurang setahun kot aku makan set Shaklee ni yang terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E

Setiap vitamin ni ada benefit dia sendiri. Nanti di entri lain saya share benefitnya k. Tapi sejujurnya, berdasarkan pengamatan dan pengalaman sendiri, apa yang aku perasan kulit dah tak berminyak/ kurang berminyak, parut jerawat dah pudar, pastu kulit rasa lembut. Tapi perlu diingatkan, kita makan supplement semahal mana sekalipun kalau tak cukup air takkan dapat kesannya. So, tips nya cuba cukupkan minum air at least 2-3 liter sehari. Itu yang selalu Ibu Honey pesan dan itu jugak yang selalu saya amalkan hari-hari.

Tu baru untuk kulit, kalau dari segi energy pulak Alhamdulillah tak mudah penat sangat. Memandangkan status saya sebagai pelajar mesti banyak kerja nak kena buat kan. Pagi sampai petang kelas, malam pulak buat assigment and study kalau ada masa lapang. Lagi-lagi untuk semester 2 ni. Semester yang sangat pendek tapi tugasannya macam untuk 2 semester sekaligus. Aduhh, tapi takpe susah-susah dulu then kita senang-senang kemudian. Tak gitu? hikhuk. 

So, kat sini nak cakap pentingnya pengambilan supplement ni dalam kehidupan seharian kita. Lagi-lagi kalau jadual makan kita tak teratur. Kadang-kadang lambat makan dan kadang-kadang tak sempat makan langsung last-last jatuh sakit. Mesti kita takmo camtu kan kengkawan? So, semuanya terletak ditangan kita. Tak kisah la jenama supplement yang korang consume tu apa, famous or tak tapi yang penting kualitinya setanding dengan kuantiti wang yang kita keluarkan untuk beli. Tapi semestinya Shaklee pilihan saya dan InsyaAllah takkan tukar lain dah sebab dah terjatuh cinta dengan Shaklee ni. hehe. 


So if ada antara kawan-kawan or pembaca yang nak cuba atau repeat order Shaklee ni boleh contact saya seperti yang tertera di bawah. InsyaAllah akan direspon secepat mungkin. 


Facebook 

 atau  

017-9453757 (sms sahaja)  


Hmm tu je lah nak cerita. Hehe. Dah 2 tahun blogging and ni first time saya share bab-bab skincare kalau tak silap. Apa pon sharing is caring, sharing is loving right? Ok lah!


Till have a nice day ahead dearies :)
Assalamualaikum





p/s : sekiranya anda tidak mahu pos/kurier anda boleh membuat pembelian secara direct di hq/branch Shaklee yang berhampiran dengan menggunak ID saya 1085193 dan attachkan resit pembelian kepada saya dan seterusnya anda layak untuk mendapat guide yang bagus dari saya InsyaAllah.






























!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: