Friday 9 October 2015

An appreciation

Views


Assalamualaikum w.b.t



Rasanya kalau tak update pasal life dengan kengkawan memang bukam nienasweetlurve la namanya. Mata takleh lelap. Diorang semua dah tido. Yess! Tinggal aku je kebil-kebil. Jadi zasssssss datang idea nak update blog. Alaa saje je nak create memori kat sini. Nanti senang nak tunjuk dekat anak cucu life ibu @ nenek diorang masa zaman muda-muda dolu. Kahkah! 


Iyup. Memang daku akui tak boleh nak survive hidup kalau takde kawan. Kalau kat rumah family is kawan kite, but since tengah jauh dengan family you need someone that's willing to be with you and treat you like you are meaning to them and sharing the sweetest and bittest moments as well. Kawan dari zaman sekolah sampai la zaman universiti banyak conteng muka surat diari aku. Baik dari segi yang manis, yang pahit, sweet and sour semuanya dirojakkan sekali supaya adunannya sebati dan cukup rasa. 



Kalau tak silap masa ni Ogos 2010
Masing-masing muka belum akil baligh tak cukup umur ;p Tapi sekarang semua dah plolesss penangan qu puteh qu puteh baru lah puteh! Hikhik!


Ok yang ni gambar masa raya 2014 kalau tak silap. 
Complete geng kepoh zaman sekolah dolu-dolu. 




Yang ni paling latest, kalau tak salah Ogos 2015. Tapi masa ni tak cukup kuota. Janji punya janji last2 4 ketoi ni ja yang timbul. ekekeke.
See! sedar tak sedar dah 7 tahun kite kawan. Start 2009 sampai la sekarang and insyaAllah selama-lamanya sampai jannah InsyaAllah.


Tuh kawan zaman sekolah, belom lagi zaman U. Syukur sangat-sangat Allah kenalkan dengan manusia-manusia ni. Banyak tolong susah senang. Sudi jadi sleeping partner, eating partner, cooking partner, riding partner and semua partner lah! :)



 


  
  

Terima kasih semua sudi melayan. 
Masing-masing tak banyak kerenah cuma banyak makan je ;P





Orang kata biar ramai kawan, jangan ramai lawan. Biar orang benci kita jangan kita yang 
membenci. Semoga semua sahabat-sahabat ku dari zaman sekolah sampaila zaman universiti dipelihara dan diberi perlindungan oleh Allah s.w.t didunia dan akhirat. 
Semoga kejayaan milik kita semua..  Aamiin.


Buat sahabat zaman sekolah : Ain, Fatin, Fiera, Yusni, Miyya, and Izzati. 

Jauh tak bermakna lupa, jarang berhubung tak bermakna tak sayang. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan bidang masing-masing.  Tahun depan mohon semua sudi jadi bridesmaid aku ;D

Buat sahabat zaman U : Ain ilyana, Zaila, Zaty, Ieka, Ilyana, Sufila, Suhaida and semua yang berkenaan. 

Terima kasih sudi kawan n melayan dari sekecik-kecik benda sampai la sebesar-besar benda. :D. 





Itu je lah. 
Babai !









!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: